Isnin, 22 Ogos 2011

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2011

Majlis ini telah diadakan pada 22 Ogos 2011 di dewan SK Perwira semasa perhimpunan pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu-lagu rutin perhimpunan pagi. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan iaitu Pn Masliza bt Mansor. Seterusnya, perasmian majlis pelancaran telah dibuat oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Zaleha bt Kamaruddin.


Selepas itu, persembahan pengkisahan sejarah kemerdekaan negara telah disampaikan oleh murid-murid tahun 5. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31 dan lagu tema bulan kemerdekaan tahun ini iaitu Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.







Isnin, 15 Ogos 2011

PEPERIKSAAN PRA UPSR 2011

Selamat menduduki Peperiksaan Pra UPSR kepada murid-murid tahun 6 SK Perwira. Peperiksaan ini bermula pada hari ini iaitu 15 Ogos 2011 sehingga 18 Ogos 2011. Walaubagaimanapun, pada hari rabu, 17 Ogos 2011 peperiksaan tidak dijalankan kerana cuti sekolah sempena Nuzul Al-Quran. Selamat maju jaya diucapkan!

Tahniah juga diucapkan kepada lima orang murid yang telah menerima wang sagu hati semasa perhimpunan pagi kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR yang lalu.