Isnin, 27 Februari 2012

ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN

Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Nazhan Faizi b. Mohd Nazri yang telah berjaya terpilih sebagai penerima anugerah kecemerlangan sukan peringkat Negeri Perak. Ternyata bakat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau dalam acara sukan memanah telah melayakkan beliau menerima anugerah tersebut.


Khamis, 23 Februari 2012

PEMANAH-PEMANAH SK PERWIRA MEMANG HEBAT

Sukan memanah sekali lagi menjadi lubuk emas bagi SK Perwira pada tahun ini. 
Tahniah diucapkan!


Khamis, 2 Februari 2012

SK PERWIRA TERUSKAN RENTAK KEMENANGAN

Alhamdulillah berkat kesungguhan dan semangat juang yang tinggi, Nur Hakimin b. Satar telah berjaya mencatatkan kejayaan berganda apabila menjadi juara dalam acara perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton MSSPk Daerah Hilir Perak tahun 2012 semalam.






Sebelum ini,beliau telah menjadi johan dalam pertandingan peringkat kelompok 2. Warga SK Perwira amat berbangga atas kejayaan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau. Semoga rentak kemenangan ini akan diteruskan semasa kejohanan peringkat negeri nanti.
Syabas dan selamat maju jaya diucapkan!