Sabtu, 8 Jun 2013

SAPS - SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan UPSR) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.
Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 4,5,dan 6 bagi sekolah rendah.
Selamat Menyemak....!!!
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
  1. Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibu bapa untuk ke menu utama.Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawahSAPS muka 2 jenis peperiksaan
  5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR dan sebagainya.
  6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan online ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para  murid secara tidak langsung.